Jul 13, 2008

Progress kami setakat ini

Bertemu kembali Rumah cendawan kami dah 80% siap. Cuma tinggal untuk cover dgn layer hitam 70% tu dan cover intu masuk. Wiring pun akan disiapkan sekali. Rak beg media pun sedang buat sekarang dan dijangka keseluruhannya akan siap akhir bulan ini.

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, kami kena test dulu rumah kami ni. Setakat ini, suhu agak tinggi; di dalam rumah tersebut 29deg C. Tapi kami tak dapat sukat humidity kerana masih belum beli device tu lagi. Dijangka pada akhir bulan ini, sebanyak 3000 beg media (kami terpaksa beli siap) akan kami testkan di dalam rumah cendawan kami ini. Sekiranya walaupun setelah rumah cendawan kami ini dicover dengan layer hitam itu masih tak cukup untuk mengekalkan suhu yg sesuai, terpaksalah kami menggunakan water mist untuk mengekalkan suhu didalam serta humidity.
Setelah tamat testing period ini yang dijangka akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan (2 kali harvest), mungkin sedikit sebanyak, ada perkara2 yang perlu diupgradekan/ dibetulkan dan kami menjangka dan menjadi target kami untuk mula selewat-lewatnya di pertengahan bulan Sep tahun ini.

Pada sabtu lepas, kami telah mendaftar sebagai contract farmer dengan CIMA Agro di Kuala Selangor sekali gus membuat lawatan sambil belajar. Saya ingin menyampaikan rasa terima kasih saya kepada Pn. Lina dan En. Amin yang banyak memberikan tips yg sangat berguna kepada kami.

No comments: