Jul 10, 2008

Pengenalan kepada syarikat kami

Hi semua,
Salam perkenalan di dunia cendawan.
Syarikat ini ditubuhkan kira2 4 bulan
lepas. Pada ketika ini, rumah cendawan kami sedang dibina dan dijangka akan siap pada bulan august bersama2 dengan rak. Kami menjangka dapat memulakan pemeraman pada bulan september sebelum bulan puasa. Sebelum start, kami kena uji keberkesanan rmh cendawan kami ni. Jadi trial build kami adalah dgn 5K beg media dulu. Setelah dapat kepastian, baru akan mula full capacity. Gambar di atas ni lah progress rumah cendawan kami. Kapasiti dapat menempatkan dalam 15K beg media. Pada ketika ini, kami hanya mampu untuk buat 2 buah rumah sahaja. Masih belum siap lagi, belum ada lagi jaring hitam di seluruh dinding tu.

Kawasan kami ni agak panas. Jadi kami putuskan utk pasang water mist kat dalam setiap rmh ni. Dijangka dapat memastikan suhu kekal sekitar 25degC. Sekian buat masa ini. Saya akan sambung lagi weekend ni.

No comments: