Jul 16, 2008

Perkhidmatan akan datang

Kami akan memulakan perkhidmatan di bawah dijangka pada bulan Nov 2008:

  1. Jualan beg media
  2. Jualan frozen mushroom

Segala inquiries pls call 013-2542054.

Perkhidmatan yang kami sediakan

Dzu-Is AgrotechTeluk Intan, Perak, Malaysia. Syarikat diuruskan oleh dua orang adik beradik. Ditubuhkan pada awal 2008 dan dijangka akan pada full capacity awal November 2008.

Kami ingin highlight perkhidmatan yang kami sediakan seperti di bawah:

  • Konsultasi design rumah cendawan

  • Konsultasi design rak beg media








  • Konsultasi design layout kilang cendawan


Sekiranya anda berminat, sila hubungi atau SMS ke 013-2542054, dengan segera kami akan menghubungi anda kembali dan kami akan membuat proposal berdasarkan saiz dan bentuk tanah serta arah cahaya matahari.

Jul 13, 2008

Slides photo progress kami

Progress kami setakat ini

Bertemu kembali Rumah cendawan kami dah 80% siap. Cuma tinggal untuk cover dgn layer hitam 70% tu dan cover intu masuk. Wiring pun akan disiapkan sekali. Rak beg media pun sedang buat sekarang dan dijangka keseluruhannya akan siap akhir bulan ini.

Seperti yang saya terangkan sebelum ini, kami kena test dulu rumah kami ni. Setakat ini, suhu agak tinggi; di dalam rumah tersebut 29deg C. Tapi kami tak dapat sukat humidity kerana masih belum beli device tu lagi. Dijangka pada akhir bulan ini, sebanyak 3000 beg media (kami terpaksa beli siap) akan kami testkan di dalam rumah cendawan kami ini. Sekiranya walaupun setelah rumah cendawan kami ini dicover dengan layer hitam itu masih tak cukup untuk mengekalkan suhu yg sesuai, terpaksalah kami menggunakan water mist untuk mengekalkan suhu didalam serta humidity.
Setelah tamat testing period ini yang dijangka akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan (2 kali harvest), mungkin sedikit sebanyak, ada perkara2 yang perlu diupgradekan/ dibetulkan dan kami menjangka dan menjadi target kami untuk mula selewat-lewatnya di pertengahan bulan Sep tahun ini.

Pada sabtu lepas, kami telah mendaftar sebagai contract farmer dengan CIMA Agro di Kuala Selangor sekali gus membuat lawatan sambil belajar. Saya ingin menyampaikan rasa terima kasih saya kepada Pn. Lina dan En. Amin yang banyak memberikan tips yg sangat berguna kepada kami.

Jul 10, 2008

Pengenalan kepada syarikat kami

Hi semua,
Salam perkenalan di dunia cendawan.
Syarikat ini ditubuhkan kira2 4 bulan
lepas. Pada ketika ini, rumah cendawan kami sedang dibina dan dijangka akan siap pada bulan august bersama2 dengan rak. Kami menjangka dapat memulakan pemeraman pada bulan september sebelum bulan puasa. Sebelum start, kami kena uji keberkesanan rmh cendawan kami ni. Jadi trial build kami adalah dgn 5K beg media dulu. Setelah dapat kepastian, baru akan mula full capacity. Gambar di atas ni lah progress rumah cendawan kami. Kapasiti dapat menempatkan dalam 15K beg media. Pada ketika ini, kami hanya mampu untuk buat 2 buah rumah sahaja. Masih belum siap lagi, belum ada lagi jaring hitam di seluruh dinding tu.

Kawasan kami ni agak panas. Jadi kami putuskan utk pasang water mist kat dalam setiap rmh ni. Dijangka dapat memastikan suhu kekal sekitar 25degC. Sekian buat masa ini. Saya akan sambung lagi weekend ni.