Aug 17, 2008

Project Progress dan Lawatan ke projeck cendawan ibu tunggal Sg.Air Tawar

Hi semua.
Hari ni, kami telah melawat ke rumah cendawan kami and untuk check keadaan suhu dan humiditynya.

Alhamdulillah, temperature dan humidity agak bagus (29degC and 78%RH) dengan adanya exhaust fans dan setelah kami basahkan lantai. Dengan adanya data ini, kami tahu tahap mana untuk kami upgradekan keadaan rumah tu.









Kami menggunakan auto-timer untuk control exhaust fans di dalam rumah cendawan tersebut.



Seperti sedia maklum, 25degC dan 95%RH adalah kombinasi yang terbaik untuk environment rmh cendawan. Jadi adalah pada ketika ini, RH perlu dinaikkan. Humidifier/fogger adalah device yang paling layak untuk tujuan ini. Kami telah bersepakat untuk membeli humidifier yg diperkatakan. Humidifier tersebut mampu menghasilkan particle air (fog) sekecil 20microns yang mana amat membantu di dalam process penyerapan. Kami akan update hasilnya kemudian.



Lawatan ke Sg. Air Tawar
Pada hari sabtu pula (semalam) kami telah membuat lawatan ke Projek Cendawan Ibu Tunggal di Sungai Air Tawar Sabak Bernam. Kami begitu berminat dgnnya kerana disamping usaha kerajaan untuk menggalakkan peojek2 cendawan, pada masa yg sama, ibu2 tunggal ini tidak dilupakan kerana hasil keuntungan cendawan ini dapat membantu menampung kos hidup mereka.

Kami telah pergi ke rumah Pn.Maimunah (berbaju biru dan anaknya) dekat Sg.Air Tawar (pejalanan ke sana begitu menarik).


Yang menarik minat saya, Pusat Zakat Selangor telah membantu menyediakan sebuah rumah cendawan kepadanya (20'x20') yang mampu memuatkan sehingga 2,000 beg media. Sales Puan Maimunah amat menarik dengan harga up to RM12/kg dengan average output 6-8kg sehari.

My baby girl ni amat berminat dengan projek kami dan telah volunteer menjadi model di dalam gambar ini :).

Bentuk dan structure rumah cendawan yang menarik; rangka dari hollow squared steel seperti grill rumah, side walls dibaluti dgn kain dua lapisan 70% dan menggunakan bumbung canvas.
Rak-rak cendawan pula diperkuat dgn besi yang sama.







Pn Maimunah begitu gembira sekali nampaknya dengan kunjungan kami semalam dan kami telah menyatakan hasrat kami mempromosikan projeknya itu di dalam blog ini. Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut silalah telefon Pn Maimunah di 016-2412920.

Saya amat berterima kasih dgn Pn.Maimunah.
Sekian buat masa ini.

Aug 4, 2008

Rumah cendawan kami dah siap



Yes, rumah cendawan dah siap. Rack untuk satu rumah dah siap.
Kami set untuk buat testing. 5k beg media akan dimasukkan dan di"test". Suhu agak panas, 29deg paling rendah. Jadi, kami akan pasang exhaust fans untuk pengudaraan especially untuk keluarkan udara panas di dalam rumah.
Ada yang berpendapat, environment di daerah Hutan Melintang (kawasan kami) ni terlalu panas dan low in humidity dan ada yang menasihatkan kami untuk guna water mist. Thanks for the tips.
Memang tak dinafikan, kawasan kami ni memang panas (external temp 32 to 34deg C) dan pulak kawasan kami ni lapang, takde pokok sangat. Ini adalah salah satu factor yang kami akan fikirkan dan consider setelah habis tempoh testing tersebut. Kami nak pastikan yg rmah ni effective dan cendawan kami "gemuk2" :) dahulu sebelum dijual. Kami menjangkakan beberapa upgrades or modification perlu dibuat.
Saya akan update lagi progress ini kemdian.

Kepada bloggers sekalian, sekiranya ada apa2 pandangan, nasihat or experience, pls share dgn saya dang post kan di blog kami. Saya amat menghargainya.

Thanks.