Sep 28, 2008

Selamat hari raya aidilfitri - maaf zahir batin

Assalaamualaikum semua....

Kami dari DzuIs Agrotech ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri.
Semoga anda semua bergembira di hari raya ini.

Sampai jumpa lagi.


Sep 11, 2008

Progress kami setakat ini - 1st harvest



Akhirnya, baru kesempatan untuk update.
Yeah, kami dah pun membuat 1st harvest kami minggu lepas pada 9/6 (sabtu) dan hasilnya memang memberangsangkan.
Yield kami adalah 95% dan kami berjaya memungut 40kg daripada 2400 unit beg. Cuba lihat hasil di bawah, sungguh melegakan hati kami :).






























Mak kami memang happy sesangat, tengok jelah posing dia kat atas tu :).
Kami telah buat promosi kepada penduduk sekitar dengan hasil itu dan juga kawan2. Maklumbalas mereka amatlah bagus dan suka akan kualiti cendawan tersebut. Tak lupa juga, kami ada buat cendawan goreng tepung (tepung kami beli dari Pn. Lina) dan ia juga mendapat feedback yg positif.



Pada hari ahad pula, kami telah memungut hasil baki beg media lebih kurang 1,000beg media kami dan hasilnya masih memberangsangkan.

Hah, ok, seperti yang direquest Pn.Lina, yang kanan tu saya, Zul, dan yang sebelah kiri adik saya, Iskandar. From side view, there is a difference in thickness :), Jai jgn mara aaa...


Disebabkan pada sabtu lalu saya terpaksa kerja, jadi saya ambil kesempatan hari ahad untuk memungut hasil (tapi tak semua pun, daytrip je). Total hampir 20kg telah dipungut.



Daripada testing ni, dapat kami simpulkan, humidity memang memainkan peranan penting untuk pertumbuhan cendawan. Tetapi, jika terlalu tinggi (seperti nasihat dari pakar yang telah saya terima) akan membantu pembiakan kulat2 lain pula. Jadi, optimum humidity dan temperature perlu diperolehi untuk memastikan cendawan kita je tumbuh.
Tentang 5% rejects beg media pula, kami akan investigate further sebab sebenar ia berlaku. Kadar rejects beg media sepatutnya tidak melebihi 2%, itu target kami.

Sampai jumpa lagi.





Sep 2, 2008

Progress kami setakat ini 080901

Pada minggu lepas, kami telah terima beg media yang kami order untuk tujuan testing.
Sebanyak 4 rak telah dipenuhkan.












Kami juga telah beli 2 humidifier (terima kasih En.Amree Cendawan915 untuk contact) untuk tingkatkan humidity rumah candawan ni. Alhamdulillah, environment yg dihajati berjaya diperoleh; 27degC/86%RH dan ada pada satu ketika waktu siang, 30deC/90%RH.
Tapi kami perlu memastikan kelembapan yang sekata di seluruh kawasan rumah. Ada sedikit adjustment perlu dibuat pada kedudukan humidifier.

























Walaupun environment rumah cendawan agak ok, tapi hasil harvest masih belum diketahui. Kami dah buka beg media hari ini 9/2 dan hasilnya akan diketahui pada sabtu ni 9/6. Diharap ok.



Dalam pada sibuk2 kami membasuh lantai dan menyusun beg media, rumah cendawan kami tu ada pelawat rupanya. Walaumacamanapun berjaya ditangkap seekor dan kami rasa macam ada lagi, not sure, tapi akan diketahui dalam sedikit masa lagi apabila kami memasang perangkap dengan lebih banyak lagi.


Jumpa lagi.